Thursday, 26 April 2012

Kematian mengejut pada bayi (SIDS)

Assalamualaikum,

Sekadar gambar hiasan..Muhammad umuq 5 bulan masa ni..
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian yang berlaku secara mengejut pada bayi . Ia biasanya berlaku tanpa apa-apa simptom yang jelas. Bayi boleh meninggal secara tiba-tiba sahaja ketika tidur.

Meskipun ajal dan maut di tangan Tuhan, namun ada kalanya, kelalaian boleh menyebabkan anda menyesal seumur hidup. Ikuti kupasan lanjut mengenai SIDS ini. Pelbagai kajian dilakukan oleh para saintis bagi mengenal pasti punca berlakunya kematian bayi secara misteri ini. Ada yang mengaitkannya dengan keadaan tempat tidur bayi, posisi tidurnya malahan ada juga yang mengaitkannya dengan jangkitan bakteria.

Kajian saintis, mendapati bahawa kehadiran bakteria turut memainkan peranan penting sebagai penyebab berlakunya SIDS. Didapati bahawa gabungan bakteria jenis Staphylococcus dan Enterobakteria yang menghuni bahagian hidung dan tekak boleh menyebabkan SIDS. Sebenarnya, sindrom ini boleh dicegah daripada berlaku. Ibu bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan keadaan bayi mereka terutamanya ketika tidur.

Namun apa yang pasti gejala SIDS ini biasanya melibatkan bayi di bawah usia satu tahun. Menurut perangkaan, satu daripada 1,000 bayi meninggal dunia disebabkan sindrom tersebut setiap tahun. Kematian sebegini mendapat perhatian daripada ibu bapa di seluruh dunia. Di Scotland misalnya, kempen yang diadakan untuk memerangi sindrom tersebut menyaksikan pengurangan kes daripada 140 pada tahun 1989 kepada 50 pada tahun 1996.

Persekitaran
Pastikan bahawa keadaan persekitaran bilik tidur bayi sentiasa bersih dan bebas daripada mikroorganisma berbahaya. Pencahayaan dan sistem peredaran udara di dalam bilik tersebut perlu berada dalam keadaan yang sesuai. Edaran udara yang tidak sempurna, memungkinkan pengumpulan mikroorganisma tersebut. Juga, pastikan bilik anak tidak dipenuhi dengan terlalu banyak hiasan kerana ia boleh mengumpul habuk dan mikroorganisma dan tidak sihat untuk pernafasan serta kesihatannya secara menyeluruh.

Posisi Tidur
Bayi yang tidur dalam posisi meniarap lebih mudah diserang SIDS berbanding bayi yang tidur secara terlentang. Kerana tidur secara meniarap membuatkan bayi sukar bernafas dan akhirnya menyebabkan kematiannya. Tambahan pula jika hidungnya tertindih dengan bantal (elakkan penggunaan bantal semasa tidur meniarap).

Botol Susu Di Mulut
Sebelum tidur, pastikan tiada sebarang sisa minuman di dalam mulutnya, dengan kata lain jangan biarkan bayi tidur dengan botol susu di mulutnya. Jika bayi tersedak akibat meminum banyak air, ia sudah pasti akan membahayakan mereka. Gunakan cara lain untuk menidurkan mereka. Malah pastikan sendawa bayi terlebih dahulu untuk memastikan dia tidak termuntah susu semasa tidur.

Jangan Tidur Bersama
Sesetengah ibu, kerana risaukan keadaan bayi mereka ketika tidur memilih untuk tidur bersama bayi mereka. Langkah ini adalah salah dan sangat berisiko kerana bayi mungkin terhimpit terutamanya jika tilam yang digunakan adalah tilam jenis lembut. Ada baiknya sekiranya anda tidur berasingan dalam bilik yang sama. Di samping selamat ia memudahkan anda melihat keadaannya ketika tidur.

Beri Ruang
Ada ibu yang gemar meletakkan terlalu banyak bantal dan permainan dalam katil si bayi. Perbuatan ini patut dihindari kerana ia akan melemaskan bayi tanpa disedari. Gunakan bantal seminimum mungkin (atau tanpa bantal langsung) supaya bayi selesa ketika tidur. Pastikan bayi tidur dalam keadaan yang terlentang.

Sumber: Pa&Ma

Terima kasih.

Wednesday, 25 April 2012

J Card Member's Day

Assalamualaikum,

Dok tengah kusyuk buat kerja tadi terdengaq la bunyi sms masuk..aku pun check tengok la..rupa2nyaAEON hantaq sms inform Hari Istimewa Untuk Pemegang Kad Ahli perabih duit akan diadakan pada 28/4/2012 ini di Jusco Rawang..dalam hati bernyanyi riang sebab ada chance ajak hubby p sana hari Sabtu ni..tak apa walaupun gaji tak masyuk lagi, Alhamdulillah duit tak pernah kering..kalau hubby aku kena keja maka haruslah aku p berdua ja dengan Muhammad..hehe..aku ni memang sangat suka shopping kat Jusco..jangan tanya pasaipa sebab dah memang aku suka..masa aku dok kat Penang 2 tahun lepas, jarak rumah sewa aku dengan Queensbay Mall tu hanya ambik masa 10 minit ja perjalanan..seminggu ntah brapa kali la aku dok p merayau kat situ..kalau tak p shopping, just window shopping & makan2..so sekali lagi jom kita reramai shopping kat Jusco Rawang hari Sabtu ni tau:D

Terima kasih.


Tuesday, 24 April 2012

Kelebihan ayat Kursi

Assalamualaikum,

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Aku selalu mengamalkan bacaan ayat Kursi ni setiap kali menunggang motorsikal @ memandu kereta..dari mula perjalanan sampai ke destinasi mulut aku tak berhenti melafazkan ayat Kursi..kesannya aku berasa yakin, selamat dan tidak takut langsung sepanjang perjalanan..aku juga nak share pengalaman jatuh motor 2x..

First time aku jatuh motor di simpang jalan, salah kereta Kenari tu yang tak bagi signal bila nak masuk simpang kiri, so aku pun langgaq bumper kereta tu..agak kuat & motor jatuh timpa aku..kalau ikutkan memang boleh patah kaki masa motor jatuh atas kaki aku..tapi Alhamdulillah aku cuma mengalami luka calaq di bahu saja..badan lenguh2 tu biasa la,namapun jatuhkan..aku boleh lagi bangkit & angkat motor pastu balik rumah..sampai rumah baru aku habaq jatuh motor kat mak aku then baru lah p klinik ambik ubat..

Second time aku jatuh motor akibat kecuaian aku sendiri sebab bawak laju dalam hujan lebat & waktu malam plak..kereta parents aku follow belakang time tu..aku terlanggaq lubang besaq..mana aku nampak lubang tu pun dah gelap..tau2 aku melayang jatuh sambil motor terseret sama..kebetulan plak ada motor dari arah depan..aku dok bayang motor tu plak hentam aku ka..tapi kuasa Allah berkat dari bacaan ayat Kursi juga aku hanya luka di bahagian kaki pasai kasut aku tercabut..bahagian muka & tangan langsung tak luka walaupun aku jatuh tersembam atas jalan..

Mari lah kita sama2 mengamalkan bacaan ayat Kursi ni setiap masa walau dimana saja berada..Allah Maha Melindungi sesungguhnya..

Terima kasih.

All right reserved by www.ceriteracinta3souls.com/Atie