Monday, 26 December 2011

Holiday di Melaka

Masa cuti Hari Krismas 24-25 Dec 2011 baru ni, aku, hubby n Muhammad p bercuti ke Melaka..kami bertolak pagi Sabtu..plan sampai awai di Melaka boleh la round town sampai malam..tapi manusia hanya mampu merancang, Allah jua menentukan..sepanjang jalan dari N9 sampai Melaka hujan berterusan sampai malam..jadi kami dok berkurung dalam bilik hotel ja lah..bila malam lepas Maghrib, kawan aku Najwa n her husband mai ambik kami n bawak pi makan ikan bakaq Parameswara di Umbai..sedap betoi..lupa snap pic sebab teruja nak makan terus bila tengok lauk penuh meja..

Lepas balik dari makan ikan bakaq terus tidoq saja..Muhammad pulak start demam balik pasai terkena hujan sikit2..nasib baik aku dah beringat bawak ubat dia so tak lah serius dia demam tu..hehe..pagi esoknya bila bangkit tidoq, hubby aku turun bawah nak alih kereta bagi parking dekat pintu hotel..sebelum tu jauh sebab parking dekat full..bila hubby aku naik bilik, dia gtau cuaca elok ja tak hujan..Alhamdulillah dapat la kami berjalan2 di Melaka sebelum balik TM..dalam pukoi 9.00am tu, kami terus check out hotel n kuaq jalan2 di Banda Hilir tu..suma tempat kami p sambil shopping..ngehngehngeh..jom layan pic kami di Melaka..
Otw ke Melaka

Dah sampai..tengok la cuaca camna:(
Sempat gak shopping tudung di Ariani..hehe suka
Kami tidoq di hotel ni la..just RM99/night..jadi lah
Nak start jalan pusing Banda Hilir dah..bwk payung takut hujan
Dataran Pahlawan Mall at back
Melaka's trademark
Red building
Teriak soh angkat dah
River cruise boat at back
Mata terpejam la plak




Lunch time..mak beli porridge McD ja bg Muhammad makan k
Pelepek abah kena panampaq Muhammad..hehe
Mula2 teriak dok atas tray ni pastu gelak plak dia
Under waterworld di 4th floor, Dataran Pahlawan Mall
Quiz form..suma jawapan dah ada dalam under waterworld tu..so easy
Ni la free giftnya
Muhammad dah lena keletihan
Boleh snap pic ja coz kami tak naik pun sebab ramai sangat orang beratuq nak beli tiket

Tuesday, 20 December 2011

Muhammad demam

Kesian Muhammad demam lepas balik dari kampung..dia keletihan tu..aku dah bawak p klinik n doc cakap demam dia tak teruk..tadi masa aku tepon pengasuh dia tanya Muhammad demam teruk or tak, pengasuh dia habaq Muhammad dah aktif main..Alhamdulillah..malam tadi Muhammad tak mau tidoq atas tilam..dia merengek nak tidoq atas dukung aku..aku pun layan ja kehendak dia sampai dia tidoq lena elok..mak paham Muhammad rasa tak selesa n manja lebih kan sayang..

Si manja mak n abah..muuahh

Pakcik aku kawin:D

Hari Jumaat lepas aku sekeluarga balik kampung Serdang sebab Pakcik aku kawin..Alhamdulillah majlis kenduri kedua-dua belah pihak berjalan lancar sampai selesai..jom layan gambar masa kenduri kedua-dua belah pihak..
Baru sampai di rumah pengantin pompuan..tak makan lagipun..Muhammad dah buat muka mengantuk..baby girl yang pakai dress pink tu my  niece si Nasuha 
                                                  
Pengantin baru nak mula makan..hensem kan Pakcik aku..hehe..peach theme sebelah pengantin pompuan
Muhammad di rumah pengantin pompuan masa nak menyambut p ke rumah aku lak
Otw balik ke rumah aku..green theme sebelah Pakcik aku
Pakcik aku gelak bahagia..hensem pengapit laki tu..hehe

Muhammad potong rambut

Sebelum potong rambut
Selepas potong rambut
Actually rambut Muhammad ni panjang di bahagian tepi ja..rambut sampai cucuk telinga dah..aku rimas dah tengok tu yang p potong kat kedai cina..yang syok tu Muhammad langsung tak teriak..dia cuma rasa geli sikit masa mesin potong rambut tu dok menari-nari atas kepala dia..hehe..cina tu sampai puji la kata Muhammad baby pandai..bangganya..

Monday, 12 December 2011

Busy hujung tahun

Hari ni aku masuk opis awai..pukoi 7.30am dah sampai..semuanya gara2 keja penilaian prestasi staf CID yang x siap2 lagi tu la..due date 19/12/2011..minggu depan ja..x apa aku akan siapkan pagi ni gak dan terus bagi kat bos aku untuk finalize..

Friday, 9 December 2011

Hari ni aku demam

Aku rasa dah setahun aku sihat walafiat..aku memang jenis susah sakit..Alhamdulillah..tapi sekali aku demam memang akan ambik masa lama baru nak sihat elok balik:(..aku tak risau pasai diri aku yang demam ni tapi aku risaukan Muhammad dan suami aku..ya la bila badan aku lemah ni mula la rasa tak larat nak melayan..nak masak..nak main2 ngan anak comel aku tu..sian Muhammad..Tapi Muhammad jangan risau tau pasai mak sayang ni tetap akan buat kuat..mak kan kuat semangat..tiba2 ter'up' diri sendiri plak..mak akan layan Muhammad macam biasa ok..mak takut anak mak merajuk plak bila mak tak bagi perhatian lebih kat Muhammad..

Thursday, 8 December 2011

Muhammad 11 Bulan

Alhamdulillah hari ni dah genap umuq Muhammad 11 bulan..tinggal lagi sebulan saja nak cukup umuq setahun..aku n hubby ada berbincang untuk buat kenduri doa selamat sikit bila umuq Muhammad dah setahun pada 8 Januari 2012 nanti..Insyaallah mudah2an tercapai hajat tu..

Perkembangan Muhammad  masa umuq 11 bulan ni:-
1) Sangat suka senyum dan gelak
2) Sangat rajin bercakap (bahasa dia la)
3) Sangat suka buat bunyi (macam-macam bunyi)
4) Mula belajaq berdiri
5) Suka bereksperimen dengan benda yang ada dalam rumah tu..contohnya tolak raga baju masuk dalam bilik ayaq..tolak kerusi..
6) Dah pandai tolong mak dia lipat baju..(kena lipat balik lepas tu)
7) Suka makan..hermm like mak & abah..
8) Pandai ambik mainan sendiri
9) Faham bahasa mudah macam 'jangan, tak boleh, susu, makan etc'
10) Suka panggil mak, abah berulang kali
11) Suka ajak mak n abah layan dia main

Banyak gak la Muhammad belajaq perkara baru dalam proses dia nak membesaq ni..Alhamdulillah Muhammad seorang bayi yang aktif dan fast learner..Aku n hubby as his parent akan sentiasa bersabar dan berusaha sebaik mungkin dalam membesarkan Muhammad menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat..InsyaAllah

Meraikan Ulangtahun Perkahwinan

Ingat lagi tak aku tulis entry pasai anniversary tahun ke 2 perkahwinan kami pada 6/12/2011...lepas balik keja petang tu aku, hubby n Muhammad p la celebrate kecik-kecik kat Pizza Hut..small family..hehe..aku ada snap sekeping, dua gambaq..jom tengok..

Muhammad main cak'aa dengan mak
Bincang ngan abah nak oder menu apa?
Ishh cukup ka duit nak bayaq ni?
Start manja dah
Saaaaayang mak
Menu mak & abah
Garlic bread untuk Muhammad

Tuesday, 6 December 2011

Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-2

Alhamdulillah syukur hari ni 6 Disember 2011 genap 2 tahun usia perkahwinan aku bersama hubby..sepanjang tempoh perkahwinan sehingga hari ini, Alhamdulillah tiada sebarang masalah besaq yang berlaku..setakat berkelahi manja tu ada la..hehe..

Aku amat bersyukur sebab mendapat seorang suami yang amat bertanggungjawab, penyabar, penyayang dan mendahulukan keluarga dalam apa juga perkara..hubby aku juga seorang yang amat cool..sangat susah tengok dia marah..aku memang seorang isteri yang beruntung sangat:D..Aku sentiasa berdoa semoga perkahwinan kami sentiasa dalam keadaan aman damai, berkekalan hingga hujung nyawa dan sentiasa di limpahi rahmatNYA..Amin

Jom tengok gambaq masa hari pernikahan dan perkahwinan kami:)

                                    Gementar melafazkan akad nikah - 6 Disember 2009

                                                                Kenduri sebelah aku

                                                              Kenduri sebelah hubby

Monday, 5 December 2011

Ombak Rindu

Wah la ni memang tengah hangat tayangan filem hebat Ombak Rindu di semua panggung wayang..aku ja tak dak peluang lagi nak p tengok..ya la kat TM ni mana ada panggung wayang..adoyai..

Masa aku sekolah peringkat menengah dulu, novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari ni memang tengah meletop gak la..aku pun berkhatam2 ulang baca..setiap kali baca ja mesti ayaq mata berderai sama la..memang sedih gila baca kisah penderitaan dan kesedihan Izzah tu..

Aku tanya adik aku yang dah tengok filem Ombak Rindu ni..mana best, cita dalam filem ka dalam novel?..dia kata sama best..sama wat ayaq mata meleleh gak..ishhh bila nak ada peluang p tengok tau??..ka aku beli DVD ja nanti..hurmm..kalau filem lakonan Aaron Aziz, Maya Karin n Lisa Surihani sebagai watak utama ni hebat, mesti kutipan RM8 juta gak pa???...well done...


Hari Keluarga PROTON 2011

Entry yang lepas aku ada announce PROTON akan buat Family Day pada 3 Disember 2011 di Sunway Lagoon..ingat lagi dak?..hehe..aku pun memang plan nak masukkan dalam new entry gambaq n cita pasai Family Day tu lah kononnya..

Tapi malangnya aku tak dak gambaq untuk ditunjukkan cuma boleh bercerita saja..sebab apa aku tak boleh upload gambaq masa di sana?..sebabnya aku memang tak snap langsung satu gambaq pun..aku cuma boleh bercerita saja pengalaman masa di Sunway Lagoon tu..Alkisahnya......

Lepas sembahyang Subuh pagi Sabtu tu, lebih kurang pukoi 6.05am aku, hubby, Muhammad, adik n adik ipaq aku pun bertolak p Sunway Lagoon..kami memang tak tau langsung jalan nak ke sana tapi dengan bantuan GPS Papago aku, alhamdulillah pukoi 7.10 am kami dah sampai n siap parking keta lagi di bawah Sunway Hotel tu..lepas parking keta, kami jalan kaki nak masuk dalam Sunway Lagoon la..dari jauh nampak dah ramai orang beratuq panjang tunggu giliran nak masuk..mak aiii dalam hati dok kata 'ada lagi orang yang sampai lebih awai rupanya'..kami masuk baris ja la..lebih kurang sejam dok beratuq tu baru la kami boleh masuk dalam tu..orang memang ramai sangat dah..dah sesak pun..ish2x..

Kami cari port baik nak lepak la..dapat gak la dok kat satu tempat tu..pas letak beg suma..aku n hubby ja p ambik makanan..aku soh adik aku tunggu sambil jaga Muhammad sat..nak p ambik makanan pun sikit punya jauh dari tempat kami dok lepak tu..dah tu satu hal lak, tak boleh U Turn..kena jalan one way saja..ah sudah..memang sebesaq2 Sunway Lagoon tu la kami tawaf baru sampai balik kat tempat duduk kami..aku rasa lembik lutut dah..dengan perut pun dah rasa masuk angin..ya la tak makan dari pagi buta tu lagi..nak tau apa makanan yang kami dapat?..set snack plate KFC, burger ayam 2 bijik, kek buah sepotong, ayaq 100 plus setin, ayaq Milo sekotak kecik n mineral water..aku gagah la jugak makan ayam yang dah sejuk n keras tu sikit dengan kek buah untuk alas perut..

Lepas makan tu aku n hubby p pentas utama untuk dengaq pengumuman hadiah utama iaitu sebuah kereta Inspira 2.0, Saga 1.6 dan 2x pakej umrah..lumayan kan..malangnya belum ada rezeki untuk aku n suami untuk menang lagi tahun ni..pas habih tu kami p balik tempat lepak tadi..aku tengok Muhammad sedap lena dalam stroller dia..nasib baik la aku bawak fan clip dia..tak la dia rasa hangat..Muhammad tak mandi pagi lagi tau..hehe..pukoi 11.15 am Muhammad dah jaga..aku n adik bawak Muhammad p toilet nak bagi mandi dia..dalam toilet pun kena beratuq lagi pasai orang ramai..

Lepas bagi mandi Muhammad, time nak p balik tempat duduk kami tu..orang punyala sesak..nak jalan pun payah..adoiii aku tak sangka begitu ramai sekali warga PROTON ni..maklum la ni first experience aku join Family Day PROTON..aku n adik dah mula boring n tension orang dok bertolak nak jalan..ada gak la yang kena jerkah dengan aku pasai dok tolak sampai aku nak terjatuh..dah la dok dukung Muhammad time tu..sian kat anak aku kalau terjatuh..hubby aku p main game yang ada kat situ..dia ajak aku..aku yg tak mau pasai malas nak bersesak lagi..elok hubby aku balik dari main..aku ajak dia kuaq terus la..tak mau dah dok dalam tu..

Pukoi 12.30 pm kami kuaq dari Sunway Lagoon dah..aku dari mula masuk sampai balik memang tak dak mood nak bergambaq apa pun..tu langsung tak dak gambaq nak tunjuk..

Thursday, 1 December 2011

Hari gumbira

Tarikh 30 November 2011 merupakan hari paling syok untuk semua warga PROTON sbb selain dari dapat gaji, bonus insentif sebulan gaji pun masuk serentak..kaya la sat staf PROTON semua..bonus insentif tu untuk meringankan beban ibu bapa yang ada anak-anak bersekolah untuk beli baju sekolah baru, kasut baru, beg baru, alat tulis baru..pendek kata semua baru lah..nak menaikkan semangat anak-anak supaya belajaq sungguh-sungguh..:)..ibu bapa yang tak ada anak-anak bersekolah dan yang masih bujang tu lagi untung la..berbelanja besaq la jawabnya..ceewahh..tak boleh la macam tu..duit lebih kena simpan..tak boleh la perabih semua sekali kan..hehe..

Kalau tanya aku ni..ermm nampaknya kena berbelanja besaq la kot sebab tengah bulan ni nak balik kampung nun jauh di Kedah n cuti Krismas ni pulak nak p bercuti di Melaka..dah lama tak p bercuti..la ni lagi syok la nak p sebab dah ada Muhammad..bawak Muhammad jalan-jalan..sebahagian daripada 'learning process' untuk dia gak tu..hehe..aku akan masukkan entry bercuti di Melaka lepas balik bercuti k..

All right reserved by www.ceriteracinta3souls.com/Atie