Wednesday, 22 May 2013

Muhammadku sayang

Assalamualaikum,

Rasa macam lama sangat dah tak buat entry Muhammad..kalau la Muhammad boleh baca blog aku ni mesti dia kecik hati..hover mak hang ni kan..sedaq tak sedaq Muhammad dah makin besaq, makin banyak akai..dah pandai demand macam2..uih kadang2 letih tak terlayan pun ada nak2 time balik keja..nama pun anak..kot mana pun mak ni kena sabaq dan layan gak kerenah anak!..nak catit kat sini perkembangan Muhammad..esok2 Muhammad dah besaq blh checkitout blog mak na sayang:p..

1) Masih tak boleh bercakap..lepas doc pakar check up Muhammad takdak masalah diklesia atau seumpamanya..dia just dalam kategori lambat bercakap..Alhamdulillah..anyhow doc nasihatkan aku mesti rajin bercakap dengan Muhammad tiap2 hari..cakap dengan sebutan yang jelas, terang, susunan ayat yang betul..InsyaAllah hari2 aku buat:)..Muhammad sangat paham apa yang aku or abah dia cakap!..

2) Sangat senang mintak tolong ambik apa2 barang pun..laju ja dia pi ambik..aku praktik cakap terima kasih dia akan jawab 'ama'..kalau dia ambik barang dari aku, dia akan cakap 'macih' aku pun jawab sama2..pastu senyum simpoi..

3) Sangat sensitif..tak boleh aku or abah dia tinggi suara sikit teruih teriak..pastu mai peluk aku..kena pujuk, peluk, cium sikit takpa dah la..hihi..

4) Suka kena gomoi..aku or abah dia memang akan layan dia dulu lepas balik keja..kalau kami tak gomoi dia macam2 cara la dia buat untuk tarik perhatian..

5) Suka gelak kuat..lebih2 lagi bila kena gomoi..gelak kuat tu inherit aku la tu:p..

6) Sangat suka tengok Upin-Ipin..conquer TV9 kat dia sorang ja walaupun Upin-Ipin dah habih..huhu mak, abah tak boleh tengok chanel lain dah..

7) Makin berselera makan..Alhamdulillah senang ja nak suap makan la ni..menu favorite nasik goreng!

8) Suka menyanyi & menari..adoi mak letih tengok ni..

9) Bila nak keluaq berjalan ja dia dulu yang tutup TV dan suis sekali..

10) Suka sangat ambik mangkuk, jug, periuk kat dapuq bawak main kat ruang tamu..pastu campuq main dengan mainan dia..macam2 benda dia mereka buat..haish la..

11) Suka mengira tapi baru dapat no.1 to 5 ja..slowly aku dok ajaq..

12) Muhammad dah pandai angkat tangan baca doa lepas habih azan or sebelum makan..tak payah kena suruh dah:)..

13) Pandai sebut Alhamdulillah..Muhammad sebut 'am lah'..boleh lah..hihi..

14) Bila dah berak mesti mai kat aku tepuk2 punkoq sambil sebut 'iyak'..mak pulak sebut aiyak..

15) Pantang tengok gambaq baby dalam TV atau majalah..laju ja sebut 'adik, adik'..hoho mak tak mau bagi adik lagi dekat Muhammad..

16) Bila balik keja dia akan masuk rumah dulu..aku bagi salam Muhammad akan jawab 'alam'..

Sedikit-sebanyak tu la perkembangan Muhammad di umuq 2 tahun 4 bulan ni..Alhamdulillah Muhammad sorang anak yang amat senang dijaga, tak banyak kerenah dari lahir sampai la ni..mudah2an sampai besaq pun kekal perangai dia yang baik2 saja..Amin..

Cukup senang hati bila mak layan dia dulu lepas balik keja

Terima kasih.














Sunday, 19 May 2013

Bermalas-malasan di hari Ahad

Assalamualaikum,

Oleh sebab kemarin dah berajin-rajinan basuh segala kain-baju, cadar tilam, kemas seluruh rumah sampai sakit badan, lenguh kaki tangan semua..hari ni aku nak rehat saja sambil layan Muhammad main, melawak dengan dia..biasanya memang aku suka clear rumah hari Sabtu pun, senang hari Ahad dok saja..nak pi berjalan pun kena buat keja jugak dulu..hari cuti ja la rumah kemas elok..hari keja aku tak larat campuq malas..hehe..tapi rumah tak dak la selerak manapun..anak pun sorang, apa la yang nak bersepah sangat kan..

Hubby pulun mengOTkan diri minggu ni..tumpang ada OT kata dia..OT la bang oi..hari Isnin & Selasa dia cuti..baki cuti tahun lepas pun tak habih2 lagi tu..cuti tahun ni tak guna lagi..ni dah tengah tahun dah..syoknya kalau aku ada cuti berlambak macam tu..keja melepak kat rumah ja la..Muhammad ni dok merengek ajak aku keluaq rumah pulak dah..cemuih la keta tak dak, mak tak boleh bawak dia jalan..takpa Muhammad, abah balik keja petang satgi kita pi jalan na..tak pun pi jogging kat tasik ok:)..

Ampa lepak kat rumah ka, pi jalan2, shopping2, makan2 kat luaq hari ni?..

Terima kasih.









Friday, 17 May 2013

Pengalaman membeli di Zalora

Assalamualaikum,

Susulan dari entry INI

Lepas dapat ja code voucher RM50 tu, dengan kalutnya aku pun laju ja bukak web Zalora tau..kalau tak buat kalut tak boleh ka Atie?..aku memang..sambil dok tunggu loading tu, kepala otak aku dok ligat pikiaq nak beli apa ni?..last aku menyopping di Zalora handbag CR color oren tu..ok dah terpampang Zalora depan mata, teruih klik bahagian kids..boy..ingat nak cari seluaq kat Muhammad..ada yang berkenan tapi disebabkan harga diskaun tak boleh beli pakai voucher tu maka cancel..so tengok kasut teruih la..elok sangat la boleh melaram tup tap tup tap hari kenduri ni..bagi adiks ku jeles..haha..oleh sebab dah jadi loyal consumer Vincci, maka klik kat kasut Vincci jugak lah..senang dah serasi dengan kaki aku ni..

Kasut pilihan hati..cantik oi color mustard ni..tak kira kaki hitam pun nak pakai jugak color ni..dulu asyik pilih hitam ja kononnya nak cover kaki la..cit..
Lepas dah masuk kod voucher teruih harga jadi RM19 ja yang kena bayaq..opps bukan lah..kena add lagi RM5 untuk postage sebab aku beli bawah RM75..total semua is RM24..still murah yo..
Order hari Rabu..bayar hari Khamis..hari Jumaat kasutku dah sampai..cepat ka tak cepatnya Zalora hantaq..aku sukaaaaa..bukak ja kotak terus menerai, belek2 semua..buat inspection takut ada rosak kat mana2 senang nak return tukaq baru..part paling best apa tau..color kasut dalam gambaq dengan aku dapat ni sebijik sama..tak payah nak susah hati takut color dalam gambaq lain, dapat2 tengok color lain..no worry all:)

Terima kasih.













Maggi goreng untuk makan malam

Assalamualaikum,

Tiap2 malam mesti nak makan nasik, tak boleh makan benda lain takut tak kenyang..lagipun balik keja memang letih campuq lapaq semua ada la..tau2 balik keja petang kemarin, hubby mintak masak maggi goreng..aik betoi ka ni?..tak pernah2nya nak makan lain selain nasik malam2..aku tanya balik betoi ka nak makan maggi goreng ja malam ni?..dia kata betoi la, dok makan nasik ja rasa badan berat la..pulak tapi badan tak gemuk2 pun..hihi..ok maggi pun maggi la..lagi senang n cepat keja aku kat dapuq tu..sebenaqnya kalau tak kerana hubby nak maggi goreng tu pun memang sat ja aku keletang-keletung kat dapuq coz dia bukan jenis cerewet bab2 makan ni..menu simple2 belaka..pernah sekali tu aku punya la letih balik keja..dengan rasa malasnya nak masak tapi aku tak mau beli or makan kat luaq jugak..alih2 hubby aku cakap goreng teloq dadar cicah cabai kicap dah la malam ni..so malam tu makan nasik panas2 dengan teloq dadar cicah cabai kicap ja tu pun bertambah2 nasik tau..sekali-sekala takpa la aku masak lauk cincai boncai macam tu..lepas habih goreng maggi, aku terus hidang n ajak hubby dengan Muhammad makan panas2..3 keping maggi kosong tu aku goreng habih licin-licau..Muhammad pun kemain berselera dah makan la ni..syok ja aku dok suap dia makan:)..

Aku suka beli maggi kosong tu pastu goreng pakai rencah buat sendiri lagi sedap
Senonoh sikit rupa dah boh dalam mangkuk

Ampa selalu makan apa malam2:)

Terima kasih.








Thursday, 16 May 2013

Tutti Frutti

Assalamualaikum,

Baru terasa nak makan aiskrim tutti frutti ni..kebetulan masa pi 1st servis kereta baruku itu..cewah..kat Bidor habih awai pulak..aku ingat berejam nak kena tunggu..alih2 lebih kurang sejam siap semua..fuyooh manyak syiok ini macam..agaknya pasai pi weekdays kot..orang tak berapa nak ramai..the next service boleh mai sini saja..jam waktu tu pukoi 12 lebih..hubby aku tanya nak balik teruih ka pi mana lagi pasni?..aku kata jom pi makan sekerim tutti frutti nak?..cuaca pun panas membahang kat luaq tu..elok sangat la makan benda sejuk ni bagi lalu tekak..hubby tanya nak pi makan katna?..paling dekat Teluk Intan la..pi sana ja lah..laki aku macam biasa..ok sedia..

Kalau boh wall paper macam ni dalam bilik tidoq aku mesti lapaq sedia sampai tak boleh lena..kihkih..

Sekerim aku rasa vanilla..hubby punya horlick..sedap la sekerim horlick tu tau..
Kasi sumbat mulut dia dulu
Kenyeh paling max ni
Dah pasaipa pulak Muhammad?..
Lepas ni kalau rasa teringin nak makan sekerim tutti frutti tak payah loghat pi jauh2 dah pasai kat TM pun dah buka branch dia..yabedabedu:D..


 Terima kasih.







Wednesday, 15 May 2013

Senyum lagi:)

Assalamualaikum,



 Terima kasih






Tuesday, 14 May 2013

Senyum itu kebahagiaan

Assalamualaikum,


 Terima kasih.









All right reserved by www.ceriteracinta3souls.com/Atie